Posted in Inspirasi

Tips untuk jadi terbaik setiap hari

Setiap hari saya ada masalah untuk bangun. Tak kiralah pagi atau petang. Sejurus saya lena dari perbaringan, untuk bangkit darinya adalah suatu perang yang amat lelah! Paling-paling saya akan bangkit apabila posmen ketuk pintu rumah saya. Itu memang saya terpaksa bangkit.

Bayangkan kalau posmen tidak datang hari-hari untuk menghantar barang, memang saya tidak akan bangun sehinggalah seruan alam untuk ke tandas. Itupun selagi boleh tahan saya akan terus lena dan berguling seharian.

Jadi soalannya disini, kenapa susah sangat untuk bangun? Apa yang buat saya rasa bangun itu bukan satu keperluan?

Saya sendiri pun masih mencari jawapan. Bagi saya, berjaya bangkit dari tilam itu adalah satu kejayaan yang saya lakukan pada setiap hari.

Jadi hari ini, saya kongsikan cara saya menjadi terbaik pada setiap hari walaupun ianya adalah perkara yang paling susah untuk dilakukan.

1. Menonton video inspirasi

2. Mendengar podcast yang bermotivasi

Memainkan podcast yang membina pada setiap pagi, sedikit sebanyak membantu menambah input serta pengetahuan saya. Bagi saya, dengan mendengar cerita dan pengalaman orang lain membuatkan saya rasa dunia dan masalah saya tidaklah seteruk yang dijangkakan.

Antara podcast yang saya selalu dengar untuk bersemangat adalah Mentor Mindset, The Minimalist dan The Tony Robbins Podcast.

3. Membuat senarai pendek tugasan yang perlu dilakukan

Sebelum saya mulakan kerja, saya akan senaraikan tugas yang penting untuk saya siapkan supaya saya tidak menyimpang terlalu jauh.

Ianya agak susah. Tetapi saya memaksa diri untuk patuhinya dan tanpa paksaan, saya tidak rasa kerja saya akan siap.

Jujurnya, bukanlah setiap hari saya lakukan semua perkara yang disenaraikan. Ada masanya juga saya lebih rela hidup saya tidak bermotivasi dan hanya hidup sekadarnya. Saya masih di suatu fasa percubaan untuk memaksa diri saya berubah setiap hari.

Harapan saya, semoga langkah kecil ini saya dapat jadikan ia suatu habit yang membawa saya ke arah yang lebih baik.

Terima kasih kerana sudi membaca ruangan ini. Semoga kita semua dapat menjadi terbaik setiap hari ^_^

Pengarang:

Some alien lives in Midgard

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s